Awal hidup Jill Biden

Jill Tracy Jacobs lahir pada 3 Jun 1951,[lower-alpha 1] di Hammonton, New Jersey;[1] beliau anak bongsu dari lima adik-beradik selepas Jan, Bonny, Kelly, dan Kim. Ayahnya, Donald Carl Jacobs (1927-1999)[2] adalah juruwang bank dan tukang isyarat Tentera Laut A.S. semasa Perang Dunia Kedua yang kemudian menyertai sekolah perniagaan dan menjadi ketua institusi simpanan dan pinjaman di kejiranan Chestnut Hill, Philadelphia;[3][4] beliau keturunan Sicilia dengan nama keluarga asalnya Giacoppo atau Giacoppa.[lower-alpha 2] Ibu Jill, Bonny Jean Godfrey (1930–2008)[9] ialah seorang suri rumah[2] dan berketurunan Inggeris-Scotland.

Mereka sekeluarga tinggal sebentar di Hatboro, Pennsylvania, ketika masih muda sebelum berpindah ke Willow Grove, pinggiran utara Philadelphia, Pennsylvania;[3] di sinilah beliau membesar sebahagian besar usia mudanya serta giat mengikuti sukan Philadelphia.[10][11] Ibu bapanya melabelkan diri mereka sebagai "realis agnostik" dan tidak menghadiri ke gereja, tetapi beliau sering menghadiri kebaktian Ahad di gereja Presbyterian bersama neneknya.[12] Kemudian, Jacobs secara bebas mengambil kelas keahlian di Gereja Presbyterian Abington yang berdekatan dan pada umur 16 tahun disahkan.[4][13]

Rujukan

WikiPedia: Jill Biden http://search.delawareonline.com/sp?skin=100&aff=1... http://www.desmoinesregister.com/apps/pbcs.dll/sec... http://articles.philly.com/1999-06-09/news/2550079... http://www.philly.com/philly/news/20080827_Colleag... http://www.ratemyprofessors.com/ShowRatings.jsp?ti... http://legacy.vogue.com/magazine/article/jill-bide... http://media.www.wcuquad.com/media/storage/paper67... http://www1.udel.edu/udmessenger/vol16no3/stories/... http://dl.antenati.san.beniculturali.it/v/Archivio... http://www.c-spanvideo.org/